PIHAK polis perlu mengambil tindakan segera untuk kenal pasti siapa yang terlibat. Jangan biarkan budaya samseng ini menular di dalam masyarakat.
Demikan peringatan dari Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad seperti lapor Harakahdaaily hari ini.
"Pihak polis perlu mengambil tindakan segera untuk kenal pasti siapa yang terlibat. Tidak payah mana untuk mengambil tindakan, kerana gambar jelas terpampang di media sosial dan audio." Kata beliau.
Menurutnya, walaupun PAS tidak sertai perarakan Bersih 5, bukan bererti PAS menyokong tindakan yang tidak bertamaddun ini. PAS juga bersetuju dengan tuntutan Bersih untuk pilihan raya adil.
"PAS menentang sebarang bentuk kezaliman dan tindakan tidak bermoral. Kerana ini merupakan ajaran Islam sebagaimana sabda Nabi SAW bermaksud, "Bantulah saudara kamu yang dizalimi".
"Sekarang zaman millennium baharu, bukan cara politik tahun 60-an yang bersifat barbarian. Politik hujah melawan hujah, program lawan program. Bukan konvoi lawan penendang. Baju merah boleh kerah sebanyak mungkin untuk buat seperti konvoi Bersih 5. Bukankah negara kita negara demokrasi?" Jelas beliau lagi. (IH)