Mahershala Pelakon Islam Pertama Raih Oscar. Baikkah Untuk Islam?


 
Mahershala pelakon Islam pertama raih Oscar Oleh Hanisah Selamat hanisah@bh.com.my MAHERSHALA Ali. 

HALAMAN HIBURAN

LOS ANGELES: Bintang Moonlight, Mahershala Ali, 42, yang merangkul gelaran Aktor Pembantu Terbaik pada Anugerah Akademi Ke-89 mencipta sejarah sebagai penerima Oscar pertama beragama Islam. 

Mahershala yang menonjolkan lakonan mantap sebagai Juan dalam filem arahan Barry Jenkins itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan padu. 

"Terima kasih kepada guru dan profesor yang sentiasa mengingatkan saya bahawa semua ini bukan mengenai diri saya. 
"Ia adalah karektor dan saya diamanahkan untuk menceritakan kisah ini menerusi watak dan perwatakan Juan," katanya ketika berucap menerima trofi. 

Mahershala turut mengucapkan terima kasih kepada isteri dan bayi mereka yang baru lahir empat hari lalu atas kejayaan itu. 

"Isteri sayalah yang memberi kekuatan sepanjang proses ini sekali gus meletakkan saya di sini," katanya. 

Mahershala yang pertama kali dicalonkan menewaskan Dev Patel yang membintangi filem Lion, Michael Shannon (Nocturnal Animals) dan Jeff Bridges (Hell or High Water). 

Menceburi arena lakonan sejak tahun 2001, Mahershala merangkul trofi kategori sama pada Anugerah Screen Actors Guild menewaskan Patel.


Anugerah Akademi ke-89 PENGACARA Anugerah Akademi ke -89, Jimmy Kimmel beraksi di Panggung Dolby, Los Angeles. - Foto AP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah ia memberi manfaat untuk agama Islam atau dapat mmbantu perjuangan Islam? Apakah sanggup kita melihat, sebelah tangan kita membangunkan agama Allah dan yang sebelah tangan lagi meracun, membunuh dan memusnahkannya melalui kegiatan penyebaran budaya barat yangg bertentangan dengan Islam?

Lihat juga..
PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.