M'sia Mesti Teguh Bela Zakir Naik.. -Nik Abduh.



PAS percaya bahawa Kerajaan Malaysia semasa menganugerahkan taraf pemastautin tetap kepada Dr Zakir Naik telah mengambil kira semua aspek yang melibatkan kepentingan warga negara dan negara ini selain daripada kelulusan profesional dan kepakaran yang dimiliki oleh tokoh pendakwah antarabangsa itu.

Demikian kenyataan dibuat oleh Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Ahli Parlimen Pasir Mas hari ini melalui HARAKAHDAILY 
Katanya lagi, 

"Proses ini pastinya telah melibatkan pelbagai kementerian dan agensi seperti KDN, PDRM, JPN, Jabatan Imigresen dan lain-lainnya justeru mengesahkan bahawa Dr Zakir Naik bebas daripada sebarang pengaruh dan aktiviti keganasan yang mengancam keselamatan mana-mana pihak.

"Oleh itu, PAS menggesa Kerajaan Malaysia agar tetap teguh membela Dr Zakir Naik yang merupakan seorang pendakwah dan penceramah yang diiktiraf kepakarannya dalam ilmu perbandingan agama dan sangat dihormati oleh para ulama Islam dan umat Islam di seluruh dunia ini dengan tidak melayan permohonan India untuk mengektradisi Dr Zakir Naik.

"PAS percaya tindakan mengaitkan Dr Zakir Naik dengan keganasan dan pencetus ketegangan antara agama adalah hanya suatu tuduhan dan semata-mata mahu menyekat pengaruh dan usaha Dr Zakir Naik dalam mencetus kesedaran beragama dalam kalangan masyarakat awam antarabangsa." 

Kata Nik Mohamad Abduh lagi.

Video: Pemimpin & Rakyat Yang Tidak Bersyukur Punca Berlakunya Masalah Negara.. Ustaz Nik Abduh Nik Aziz


IKLAN: 

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.