
Gambar tragedi pembunuhan tersebut.

MONTERREY: Sekurang-kurangnya tujuh orang yang sedang menyaksikan perlawanan bola sepak di sebuah rumah di Monterrey, sebuah hab perindustrian di timur laut Mexico, maut ditembak.
Sumber berkata insiden terbaharu itu menambah angka pembunuhan membabitkan penonton pertandingan bola sepak di negara terbabit yang mencatatkan 25,000 kematian tahun lalu.
Ia mencecah rekod tertinggi dalam tempoh dua dekad.
Dalam serangan itu, empat penyerang bersenjata memakai hud memasuki rumah di bandar raya itu dan mengancam 20 orang yang sedang menonton perlawanan bola sepak, kata sumber di pejabat pendakwa raya.
Sebahagiannya diarah ke bilik air dan ditembak, kata sumber yang memetik kenyataan saksi.
Seperti kebanyakan daerah lain di Mexico, Monterrey berhadapan keganasan berkaitan dadah sejak beberapa tahun ini.
Pada 2006, kerajaan melancarkan operasi antidadah yang disifatkan pengkritik cuma membawa kepada lebih banyak pembunuhan dan serangan. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dikatakan seperti kebanyakan daerah lain di Mexico, Monterrey berhadapan keganasan berkaitan dadah sejak beberapa tahun ini. Pada 2006, kerajaan melancarkan operasi antidadah yang disifatkan pengkritik cuma membawa kepada lebih banyak pembunuhan dan serangan.
Kerana itulah Islam dari dulu mengharamkan arak yang memabukkan. Dadah termasuk sebahagian daripada arak.
- Tafsir Al-Kafirun Masakini.. Perlu Undi Presiden P...
- Peranan Parti &Diri Dalam Politik Islam -Suntingan...
- PRU 14, Bagaimana Sumbang Bagi Menangkan Islam? K.
- Ahzab, Persiap Kemampuan Sepanjang Zaman
- PAS Mampu Tadbir Negara Lebih Baik Dari BN -SU ...
- Jati Diri Umat Bersama Bahasanya -Abd Hadi
- Pas Akan Jadi Kerajaan, Mengundi Adalah Wajib! Und...
- Tadbir S'gor Ikut Model Islam. Dah Sampainya, Jom ...
- Baru Umum MB S'ngor, Selepas PAS Menang. Tanding 4...
- Mengembalikan Islam Memerintah &Mentadbir -Presid...