Mokhzani Mahathir 'Tokey Arak', Pun Bakal Calon PRU-14?


Sejak kebelakangan ini, sudah tersebar khabar angin bahawa bukan seorang anak Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang akan bertanding pada pilihan hara umum (PRU-14) ini sebaliknya dua anaknya akan menjadi calon.
Selain Datuk Seri Mukhriz Mohamad, seorang lagi adalah Tan Sri Mokhzani. Berita mengenainya sudah bertiup kencang malah portal TV14 sudah melaporkan mengenainya.
Mokhzani yang merupakan seorang ahli perniagaan, pernah menjadi Penolong Bendahari UMNO sebelum mengikut jejak bapanya keluar pada parti UMNO pada 2008.
Ketika ramai pihak memberikan perhatian kepada Mukhriz, ramai yang mungkin terlepas pandang kepada Mokhzani.
Ada kemungkinan besar Mokhzani, yang merupakan anak kedua Mahathir itu, akan diletakkan sebagai calon di kerusi Parlimen Titiwang dan Setiawangsa. Manakala Mukhriz pula sudah pasti akan diletakkan di kerusi yang boleh menang.
Pada 2012, Mokhzani telah disenaraikan sebagai individu ke-14, terkaya di Malaysia oleh Forbes Asia dengan harta sebanyak $685 juta dolar.
Anak-anak Mahathir sebelum ini menjadi bahan modal cerita pembangkang, ketika bekas Perdana Menteri itu masih belum bergabung dan sepentas dengan Pakatan Harapan.
Malah dalam satu rakaman berdurasi selama 1 minit 15 saat, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam satu ceramah pernah menceritakan mengenai kekayaan anak-anak Mahathir iaitu Mirzan dan Mokhzani yang turut tersenarai antara orang terkaya di Malaysia.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan turut mendakwa, anak-anak bekas Perdana Menteri itu merupakan tauke arak apabila kekayaan dikaut selama ini membolehkan mereka membeli kilang arak di Filipina.
“Mirzan cukup kaya, kapal dia punya, lori dia punya, rumah agam besar di Kanada semua Mirzan punya. Sekarang ini Mokhzani tauke yang cukup kaya, semua kapal semua kontrak minyak semua dia punya dan yang terbaharu kayanya anak-beranak Mahathir ini sampai dia boleh beli kilang arak di Filipina. Dengan duit kilang arak itu juga, dia beli stesen-stesen minyak berjenama Esso yang ditukar kepada jenama Petron,” katanya yang dipetik daripada rakaman tersebut.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh sebenar rakaman video itu. Lihat video di bawah:

Related Posts :