24 Maut 4 Hari Di Eropah, Kerana Cuaca Buruk.

 KEADAAN Sungai Vistula yang beku di Warsaw. - Foto AFP

Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

PARIS: Angin kencang dari Siberia menyebabkan suhu menjunam di kebanyakan negara di Eropah semalam, menutupi pantai dengan salji dan mencetuskan amaran buat gelandangan dan warga emas.
Ketika Artik menyaksikan suhu tinggi mencecah paras rekod, sekurang-kurangnya 24 maut di seluruh Eropah dalam tempoh empat hari cuaca buruk yang membawa lebih banyak salji walaupun ke pulau Mediterranean di Corsica dan Capri yang biasanya nyaman.
Sekurang-kurangnya lima kematian dilaporkan di Poland sahaja pada Isnin ketika suhu menurun ke paras 16 darjah Celsius di bawah takat beku semalaman di Warsaw, menjadikan angka kematian akibat cuaca sejuk melampau di negara itu kepada 53 orang sejak November.
Bandar di seluruh benua itu menyediakan pusat perlindungan kecemasan dan bantuan kepada gelandangan, paling banyak mencatat kematian sejak Jumaat lalu termasuk tiga di Perancis, tiga di Republik Czech dan satu di Itali.
Di Belgium, bandar termasuk Etterbeek, Verviers dan Charleroi memutuskan menggunakan polis untuk menahan gelandangan jika mereka enggan ditempatkan ke pusat perlindungan.
Palang Merah, yang menubuhkan pasukan kecemasan di seluruh Eropah, menggesa penduduk mengawasi jiran dan saudara mara.
"Mengetuk pintu untuk memeriksa jika mereka mempunyai keperluan cukup memberi perbezaan besar. Ia juga memberi perbezaan antara hidup dan mati," katanya.
Badan kebajikan itu juga mengeluarkan rayuan awam untuk mengumpul 10,000 selimut di Perancis, di mana kira-kira 50 pegawai tempatan di rantau ini berikrar untuk bermalam di luar bagi meraih perhatian terhadap nasib gelandangan. -AFP
 Salji menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku di North Rhine-Westphalia, Jerman pada pagi Jumaat. - Foto http://www.dw.com/ 
 PEJALAN kaki menyeberangi Millenium Bridge dalam keadaan salji tebal di tengah kota London. - Foto AFP


Lihat juga..

E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung