
Keputusan Tukar Agama Anak: NGO Islam Jangan Masuk Campur
Presiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) Datuk RS Mohan Shan dalam satu portal tempatan mendakwa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam tidak patut masuk campur dalam keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes penukaran agama tiga orang anak M Indira Gandhi dan tidak patut mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keharmonian agama.
Mengulas kenyataan Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk RS Mohan yang juga merupakan Presiden Hindu Sangam Malaysia mendakwa, PUM sebagai badan Islam tidak sepatutnya mengugut polis dan masyarakat bukan Islam.
“Mahkamah paling tinggi dalam negara sudah pun buat keputusan. Jadi, keputusan mereka tidak patut dipertikaikan.”
“Bagaimana mereka boleh keluarkan kenyataan yang cenderung untuk bertentangan dengan undang-undang dan badan kehakiman.”
PUM sebelum ini menjelaskan bahawa, mereka menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan semalam dalam kes Indira Ghandi vs Pengarah Jabatan Agama Islam Perak. Namun, PUM meminta jasa baik pihak polis supaya tidak memburu bapa tersebut dan anak-anaknya sehingga satu penyelesaian bersama dapat dicapai kerana jika tidak, ada kemungkinan akan berlaku konflik antara penganut agama di negara ini.
Peguam Indira, M. Kula Segaran pula mendakwa, pihak berkuasa patut meneruskan kerja seperti yang diarahkan mahkamah dan mengikut apa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan.
Dakwanya lagi, isu itu diserahkan kepada bidang kuasa mahkamah berperlembagaan, jadi mereka terikat dengan undang-undang. Keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan pengislaman ketiga-tiga anak M Indira Gandhi baru-baru ini telah menyebabkan umat Islam kecewa dan terluka.
(https://www.menara.my/keputusan-tukar-agama-anak-ngo-islam-jangan-masuk-campur/)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Presiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) Datuk RS Mohan Shan yang sepatutunya diberi amaran supaya tidak masuk campur dalam hal ehwal orang Islam terutama dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Lihat sebelum ini...
