‘Rundingan Tepi’ Skandal Ijok, Dedahkan! -Faekah Husin.



SHAH ALAM: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang kembali bertugas hari ini dicabar agar mendedahkan segala butir dokumen ‘rundingan tepi’ dalam skandal tanah di Ijok jika benar ia bersifat menang-menang dan memberi manfaat kepada rakyat Selangor.
Pegawai Khas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin berkata, tiada makna kerajaan negeri mendakwa ia perjanjian menang-menang atau guna istilah ‘syarikat berwibawa’ mahu pun ‘formula global’ tanpa disokong dengan pendedahan butir dokumen.

“Sungguh panjang lebar (jawapan), terbelit sampai nak terkeliat tulang belakang memberi penerangan, atau lebih tepat mahu menegak benang yang basah sehingga nama Tan Sri Khalid disebut sekurang-kurangnya sebanyak 20 kali.

“Lucu kerana ia menggambarkan betapa rendahnya tahap keyakinan sendiri sehingga berhempas pulas cuba menyakinkan diri mereka dan juga rakyat bahawa mereka ‘lebih pandai’ berbanding Tan Sri Khalid.

“Malang sekali di sebalik kenyataan berjela-jela dan serangan terhadap bekas Menteri Besar, tiada satu pun fakta dapat menjelaskan isu pokok yang kita telah ketengahkan iaitu mengapa kerajaan negeri culas serta bertindak secara cuai dengan memberhenti proses mahkamah yang diambil terhadap pemaju curang meskipun Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memihak kepada kerajaan negeri,” soalnya dalam kenyataan di sini hari ini. (TKO)



Iklan:
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki segera!!
Tukang gunting lelaki,

Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia. 
  • Pendapatan basic komisen boleh dirunding. 
  • Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan. 
  • Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra. 
Kelebihan / Kemudahan 
  • Majikan yang prihatin 
  • komisyen dan gaji terjamin. 
  • lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi 
  • oleh ramai penduduk. 
  • Berdekatan dengan Surau dan kedai makan. 
  • kedai berhawa dingin. 
Hubungi: 
Muaz;:
Sila hubungi.. 
018 2018342 
011 33111321