Gambar Menteri Besar Terengganu yang baharu dilantik, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengimamkan solat fardu di Wisma Darul Iman tular menerusi media sosial.
Dalam satu posting gambar di Facebook 'Budok Ganu', Dr. Ahmad Samsuri dilihat sedang mengimamkan solat bersama-sama para pegawainya di bangunan Wisma negeri. Lagi gempak dibelakang Dr Samsuri kelihatan Ustaz Azhar Idrus menjadi makmumnya.

"Dirikan solat pada diri kita, dirikan solat kepada keluarga kita, dirikan solat di negeri perintah kita itu suatu yang sangat bermakna"
Kerajaan Terengganu sekarang menjalankan pemerintah mendirikan solat sebagaimana pesan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan juga Tuan Guru Haji Abdul Hadi. Bukan sahaja setiap waktu rehat (zohor) diisi dengan solat berjamaah malah ada sedikit tazkirah membuatkan pegawai kerajaan negeri sentiasa berada dalam pesan memesan sebagaimana tuntutan dalam Surah Al Asr
Ini suatu permulaan yang baik mengakhir komennya. (MINDARAKYAT)

Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah, diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah, diampunkan dosa-dosanya yang lalu.