Kisah Aisyah Menjual Sup Pho Di Vietnam. Suatu Gambaran Kebebasan Agama.

Ceritalah ASEAN: Kebebasan agama, suatu gambaran berbeza
Aisyah, ibu kepada tiga anak sedang duduk di sebuah gerai kecil tempat beliau menjual sup pho Vietnam yang terkenal. - Foto Karim Raslan/Ceritalah ASEAN

DI daerah 8, Bandaraya Ho Chi Minh, Aisyah, ibu kepada tiga anak duduk di gerai miliknya. Di sini, Aisyah menjual sup pho, hidangan di Vietnam yang paling terkenal.

"Saya dan suami saya bekerja. Dia jadi pemandu sepenuh masa," kata Aisyah.

Berasal dari Chau Doc -- sebuah bandar majoriti Islam terletak di Wilayah An Giang --- Aisyah adalah seorang wanita Islam Cham. Populasi Cham mewakili 0.2 peratus penduduk negara itu salah satu daripada 54 kumpulan etnik yang membentuk rangkaian masyarakat Vietnam.

Mereka menyusur galur keturunan mereka kepada rumpun Melayu-Polinesia.

"Kami memperoleh pendapatan yang kurang semasa Ramadan, sebab itu saya pastikan simpanan mencukupi. Selain berniaga di gerai saya, saya juga jual makanan dan kudapan buatan rumah.
"Pada masa ini, terdapat 100 keluarga Islam tinggal di kawasan ini," kata Aisyah yang menetap berhampiran Masjid Jamiul Anwar --- salah satu daripada 12 masjid di bandaraya Ho Chi Minh.

Related Posts :