
KUALA LUMPUR - Ringgit dijangkakan lemah berbanding dolar US minggu depan berdasarkan pendirian Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) yang memihak kepada kadar faedah tinggi pada mesyuarat dasar monetarinya baru-baru ini.
Ketua Penyelidik Pasaran dan Strategi Mata Wang FXTM Global Jameel Ahmad berkata keyakinan yang ditunjukkan oleh Fed dilihat positif untuk dolar AS, namun sebaliknya berpotensi melemahkan ringgit.
“Nampaknya Fed semakin yakin terhadap prestasi ekonomi AS, dan memberi isyarat bahawa ia akan terus menaikkan kadar faedah, yang akan memberi tekanan ke atas pasaran pesat membangun,” katanya kepada Bernama.
Pada mesyuarat Rabu lepas, Fed menaikkan kadar faedah sebanyak 0.25 peratus, kenaikan kedua tahun ini, kepada antara 1.75 dan dua peratus, dengan pembuat dasar itu mengunjurkan akan berlaku dua lagi kenaikan kadar menjelang akhir tahun berbanding satu kenaikan yang ditetapkan sebelum ini.
Susulan itu, Jameel berkata ringgit dijangkakan terus menyusut minggu depan ketika pasaran lengang susulan cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pasaran ditutup pada Jumaat sempena Hari Raya Aidilfitri.
Bagi minggu yang hanya berurus niaga selama empat hari, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding dolar AS, sebahagian besarnya terjejas oleh keputusan Fed, selain mesyuarat Bank Pusat Eropah yang dijadualkan pada Khamis yang akan memberi kesan ke atas dolar AS.
Berbanding kedudukan Jumaat hingga Khamis, ringgit mengukuh berbanding dolar kepada 3.9835/9875 daripada 3.9870/9900 dan meningkat berbanding yen kepada 3.6230/6270 daripada 3.6468/6505.
Nota tempatan bagaimanapun rendah berbanding pound kepada 5.3506/3576 berbanding 5.3482/3534 dan rendah berbanding euro kepada 4.7097/7160 daripada 4.6903/6946. - Bernama
Hari Raya Aidilfitri, Selamat!! Terimalah Hadiah Dari Ibnu Hasyim.
Selamat Hari Raya Puasa...
Maaf Zahir Batin,
Selamat Jiwa raga..
Selamat Aqidah.
Untuk pembersihan aqidah ku hadiahkan 2 syarahan ini..
Video: Lebih Baik Pemimpin KAFIR tapi JUJUR...!!!!
Hati-hati pendakalan Aqidah
Dari Ibnu Hasyim..