Akibat Kongsi Gambar Bogel Isteri Dengan ‘Awek.. Bagaimana Penyelesaian?

Hasil carian imej untuk Padah Kongsi Gambar Bogel Isteri Dengan ‘Awek

SEORANG lelaki berusia 38 tahun dijatuhi hukuman enam bulan penjara dan denda Dh100,000 (RM109,604) diikuti dengan pengusiran kerana melanggar peraturan perkahwinan oleh Mahkamah Jenayah Ajman.

Menurut siasatan polis, tertuduh, seorang lelaki Arab, berkongsi gambar bogel isterinya melalui media sosial, WhatsApp dan IMO, selepas wanita itu mempertikaikan hubungannya dengan seorang wanita lain.


Tertuduh didakwa menghantar gambar isterinya dan mengutuknya menerusi mesej teks di media sosial. Isterinya menerangkan di hadapan mahkamah bahawa suaminya mengancam untuk menyiarkan gambarnya di media sosial jika dia terus bercakap tentang hubungannya dengan teman wanitanya dan juga tabiatnya yang suka minum arak.


Dia mengugut isterinya supaya menerima hubungan terlarangnya dan menyuruh isterinya ‘tutup mulut’. Isterinya kemudian menyedari bahawa suaminya telah menghantar gambar bogelnya kepada teman wanitanya yang sudah berkahwin pada hari dia pulang lewat malam dalam keadaan mabuk.


Wanita itu melihat suaminya memegang telefonnya yang mana dia telah memasang kad sim baharu untuk menghubungi teman wanitanya. Apabila suaminya memulangkan telefonnya, dia menjumpai perbualan mereka berdua, mengakui bahawa suaminya telah menghantar gambar bogel isterinya sendiri kepada wanita tersebut.


“Dia cuba menyerang saya secara fizikal ketika cuba merampas telefon, saya berjaya meninggalkan rumah bersama anak-anak dan menghubungi sepupu saya selepas bermalam di Corniche Street,” kata isterinya.


Dia terus menyerahkan telefon kepada sepupunya yang cuba menghubungi tertuduh di rumahnya. Tertuduh menghilangkan diri dan gagal bertindak balas terhadap perbicaraan mahkamah. Mahkamah mengeluarkan keputusan itu tanpa kehadirannya. -khaleejtimes




Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana penyelesaiannya? Mari kita lihat sistem kekerabatan keluarga dalam Islam.

Keluarga, dalam sistem hukum apapun dan di manapun, apalagi dalam perspektif hukum Islam, dipastikan memiliki peranan penting dalam kehidupan sosial kemasyarakatan tingkat manapun.

Sistem kekerabatan keluarga ialah salah satu prinsip mendasar untuk mengelompokkan tiap orang ke dalam kelompok sosial, peranan, kategori, dan silsilah. 

Contohnya, antara ayat dari surah dalam Al-Quran yang menyimbolkan erti penting tentang kekerabatan keluarga dalam kehidupan adalah surat ketiga, yakni surat Ali Imran yang terdiri dari 200 ayat, 3,460 kata dan 14,525 huruf.

Secara umum dan garis besar, surat Ali Imran memuat perihal: keimanan, hukum, dan kisah di samping lain-lain. Yang menariknya lagi surat Ali Imran ini diiringi surat An-Nisa (4), yang mengisyaratkan erti penting bagi kedudukan seorang ibu khususnya dan kaum wanita pada umumnya. Yakni dalam hal pembentukan dan pembinaan keluarga ideal yang disimbolkan dengan Keluarga Imran.

Lagi contoh, dijelaskan juga dalam surat At-tahrim ayat 6 Allah SWT berfirman:
ا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.

Ayat ini pula, pada dasarnya mengingatkan semua kepala keluarga dalam hal ini bapa dan atau ibu bahkan para wali, supaya membangun, membina, memelihara dan atau melindungi semua dan setiap anggota keluarga yang menjadi tanggungannya dari kemungkinan mara bahaya yang disimbolkan dengan siksaan api neraka.

Sebab itu, dalam pandangan Islam, berkeluarga itu tidak hanya untuk sebatas dalam kehidupan duniawi; tetapi juga sampai ke kehidupan akhirat. Untuk kebahagiaan keluarga dalam kehidupan dunia ianya mesti ada kaitan dengan negeri akhirat atau Hari Pembalasan.. Tiada orang Islam yang tidak percaya kepada hari Akhirat.

Iaitu tiada faham sekularisme seperti di barat, yang mencelakakan manusia. Wallahu 'Aklam.

Related Posts :