Assam mahu negara ASEAN tubuh pejabat konsulat di Guwahati
GUWAHATI, INDIA 17 Julai – Kerajaan Assam telah mengemukakan permohonan rasmi kepada semua 10 negara anggota ASEAN untuk mewujudkan pejabat konsulat di sini bagi mengukuhkan kerjasama dalam perdagangan, pelancongan, pendidikan dan budaya.
Ketua Menteri Assam, Sarbananda Sonowal berkata, Guwahati merupakan lokasi penting untuk dasar `Tindakan Timur’ Perdana Menteri India, Narendra Modi, bertujuan meningkatkan hubungan antara negeri-negeri di timur laut India dengan ASEAN.
“Kami mahu menjadikan Guwahati sebagai pintu masuk ASEAN,’’ katanya sambil menambah negara jiran, Bhutan dan Bangladesh telah membuka pejabat konsulat di sini yang merupakan bandar terbesar di Assam. – Bernama
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tujuan 'bagi mengukuhkan kerjasama dalam perdagangan, pelancongan, pendidikan dan budaya.' itu, perlu kita 'manfaatkan dari berbagai sudut.' Perlu buka minda..