Isteri MB T'ganu Dilayan Kasar. Isu Kerosakan Profesionalisme.


Seorang remaja Kristian yang telah di Islamkan oleh pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik secara langsung di hadapan kira-kira 45,000 di Padang Astaka, Kemaman. Ramaja bernama Nina Grace disambut oleh isteri kepada Menteri Besar Terengganu, To’ Puan Halina Zakaria di belakang pentas di mana To' Puan Harlina telah mengajar remaja berkenaan cara memakai tudung.



Sikap penjawat awam pejabat pendidikan Kuala Terengganu yang bercakap kasar dan sombong menimbulkan rasa kesal kepada Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.


Kejadian berlaku kepada isteri Menteri Besar sendiri apabila dilayan secara tidak profesional atas urusan pertukaran anak. Beliau meluahkan melalui hsntaran Facebook 16 Julai lalu.
Terkilan Dengan Sikap Kurang Budi Bahasa
Pagi tadi kira kira jam 11.30 pagi, isteri saya ke Pejabat Pendidikan Kuala Terengganu di kawasan Wisma Persekutuan atas urusan pertukaran sekolah anakanda ke sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu.
Saya merasa sangat terkilan dengan sikap kurang budi bahasa dan profesionalisme seorang pegawai di kaunter untuk urusan sekolah menengah, bila bercakap kasar dan sombong.
Kalau beginilah sikap setengah pegawai berurusan dengan rakyat, tentulah ianya adalah sangat memalukan.
Sudah tentu saya akan memaklumkan pada Menteri Pendidikan bila bertemu nanti – iaitu sebahagian isu kerosakan profesionalisme.