YB Dr Mujahid Yusof selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak perlu berbelit menegakkan benang basah bagi mempertahankan pandangannya yang silap mengenai konsep "menjaga agama" (Hifzu ad-Din) sebagai tanggungjawab pemerintah dalam Islam. "Menjaga agama" dalam Islam adalah merujuk kepada menjaga agama Islam bukannya menjaga agama-agama selain Islam sebagaimana cuba dihujahkan secara silap oleh beliau.
Rujuklah tulisan-tulisan sarjana Islam dalam bidang Fiqh Kenegaraan termasuklah oleh Imam Syatibi selaku pelopor awal konsep Maqasid Syar'iyyah, semuanya sepakat merujuk konsep "menjaga agama" kepada menjaga Aqidah dan Syariat Islam dan bukannya menjaga agama-agama lain.
Oleh kerana itu, dalil yang mereka bawa apabila membincangkan topikHifzu ad-Din (menjaga agama) ialah Firman Allah dalam Surah al-Zaariyaat ayat 56 berikut:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
- "Dan tidaklah Aku mencipta jin dan manusia melainkan untuk menjadi hamba kepada-Ku."
وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ
- "Dan hendaklah kamu memerintah di kalangan manusia dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka. Dan berwaspadalah, bimbang mereka memalingkan kamu daripada sebahagian apa yang diturunkan oleh Allah kepada kamu."
Kewajipan pemerintah untuk menjaga dan menegakkan Agama Allah jelas daripada Firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 44, 45 dan 47; Surah an-Nisa' ayat 60 dan 65; dan Surah Sod ayat 26.
Oleh kerana itu sarjana Islam dalam Fiqh Kenegaraan menyebut mengenai pemerintahan dalam Islam ialah bertujuan untuk:
Oleh kerana itu sarjana Islam dalam Fiqh Kenegaraan menyebut mengenai pemerintahan dalam Islam ialah bertujuan untuk:
حراسة الدين أو إقامة الدين وسياسة الدنيا به
- "Menjaga agama atau menegakkan agama dan mentadbir bumi dengan agama."
(Rujuk al-Mawardi dalam al-Ahkam al-Sultaniyah, al-Taftazani dalamSyarh al-Aqa'id al-Nasafiyyah dan Ibnu Khaldun dalam al-Muqaddimah)
Kata Imam Syatibi dalam al-Muwafaqat, menjaga syariat berlakupertamanya, menjaganya dari sudut kewujudannya iaitu mewujudkannya, memperkukuh dan memeliharanya dan kedua,menjaganya daripada terhapus dengan menjauhkan apa sahaja yang boleh menghilangkan dan mengurangkannya atau menjadikannya cacat atau mandul, sama ada sesuatu yang telah berlaku atau sesuatu yang dijangka akan berlaku hendaklah dihalang. Kenyataan Imam Syatibi selaku pelopor Maqasid Syariah menunjukkan bahawa kewajipan pemerintah ialah menjaga Syariat Islam.
Apabila Syariat Islam terjaga dan terpelihara, maka agama-agama lain juga akan terpelihara haknya untuk diamalkan kerana ia adalah sebahagian tuntutan dan pengajaran Islam. Namun, bukannya dengan meletakkan agama-agama lain setaraf dari sudut pemeliharaan, pelaksanaan dan penegakan serta penyebaran agamanya.
Adakah Dr Mujahid berhasrat untuk melebarkan konsep "memelihara agama" kepada usaha menegakkan hukum-hakam agama lain dalam bernegara selain daripada Agama Islam?
Kata Imam Syatibi dalam al-Muwafaqat, menjaga syariat berlakupertamanya, menjaganya dari sudut kewujudannya iaitu mewujudkannya, memperkukuh dan memeliharanya dan kedua,menjaganya daripada terhapus dengan menjauhkan apa sahaja yang boleh menghilangkan dan mengurangkannya atau menjadikannya cacat atau mandul, sama ada sesuatu yang telah berlaku atau sesuatu yang dijangka akan berlaku hendaklah dihalang. Kenyataan Imam Syatibi selaku pelopor Maqasid Syariah menunjukkan bahawa kewajipan pemerintah ialah menjaga Syariat Islam.
Apabila Syariat Islam terjaga dan terpelihara, maka agama-agama lain juga akan terpelihara haknya untuk diamalkan kerana ia adalah sebahagian tuntutan dan pengajaran Islam. Namun, bukannya dengan meletakkan agama-agama lain setaraf dari sudut pemeliharaan, pelaksanaan dan penegakan serta penyebaran agamanya.
Adakah Dr Mujahid berhasrat untuk melebarkan konsep "memelihara agama" kepada usaha menegakkan hukum-hakam agama lain dalam bernegara selain daripada Agama Islam?
Menegakkan agama juga berlaku dengan melaksanakan tanggungjawab menyebarkannya sebagaimana disebut oleh sarjana Fiqh Kenegaraan Islam. Adakah Dr Mujahid berhasrat apabila melebarkan konsep "menjaga agama" kepada "menjaga agama-agama lain juga selain Islam" ia bermaksud bahawa agama lain juga akan dibenarkan untuk disebar secara meluas dan kerajaan akan memberikan peruntukan untuk agenda penyebaran agama lain?
Jika begitu, ia akan bercanggah dengan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya.”
Perkara 11 (4) pula memperuntukkan “Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.”
Jika Dr Mujahid berhasrat untuk menekankan hak beragama bagi penganut bukan Islam, Perlembagaan Persekutuan sudah memberikan ruang yang cukup menerusi Perkara 3(1) yang menyatakan bahawa “Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan".
Malah, Perkara 11 (3) memberikan hak kepada penganut agama-agama termasuk Agama Islam untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara yayasan untuk tujuan agama masing-masing dan khairat, memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.
Saya sangat bimbang kecenderungan YB Dr Mujahid untuk mengambil hati bukan Islam yang menjadi pengundi beliau menyebabkan beliau teruja memberikan tafsiran yang salah terhadap agamanya sendiri. Sekian.
"Sejahtera Bersama Islam"
DATO' DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus Ahad, 15 Julai 2018 | 2 Zulkaedah 1439H - HARAKAHDAILY 15/7/2018
PERKATAAN 'hifzuddin' dalam bahasa Arab. Lihat sekali lalu pun, jelas ia istilah khusus yang berkait dengan Islam. Makna hifz- pelihara, ad-Din dengan ditambah alif lam di hadapan bererti agama yang merujuk khusus kepada Islam. Justeru, hifzuddin bererti pelihara agama Islam.
Islam mesti dipelihara kerana ia agama Allah, pemilik alam ini. Allah menyebut (maksudnya):
-
"Sesungguhnya ad-din (yang sebenar) di sisi Allah ialah Islam." (Aali Imran: 19)
-
"Sesiapa yang mencari selain Islam sebagai deen (agama sebenar), maka tidak diterima daripadanya, sedangkan dia di akhirat, termasuk di kalangan orang yang rugi." (Aali Imran: 85)
Ada banyak cara memelihara agama Islam.
Pertama, beramal dengannya. Paling kurang, secara peribadi. Nabi SAW menyebut dalam hadis, bermaksud: “Kamu adalah benteng kepada Islam. Jangan biarkan Islam diceroboh dari pihakmu.”
Kedua, berjihad untuk tegakkan Islam. Jihad banyak bentuk. Berada dalam kumpulan Islam yang jelas matlamat, tujuan, cara berjihadnya, termasuk melalui politik, adalah cara memelihara Islam.
Ketiga, berdakwah mengajak kepada Islam. PAS sebagai parti dan gerakan Islam yang berteraskan dakwah, tarbiah dan siasah, telah, sedang dan akan menunaikan tugas ini. PAS sampaikan Islam melalui pelbagai cara, tempat dan medium, dari sekecil anak di PASTI, hingga sebesar anak di IPT.
Keempat, menjatuhkan hukuman menurut hukum Islam. Kini, hukum Islam hanya kelihatan di Mahkamah Syariah yang melibatkan institusi keluarga, tidak lebih dari itu. Oleh sebab itu, PAS bersama NGO Islam memperjuangkan RUU355 sebagai sebahagian dari tuntutan menegakkan hukum Islam.
Kelima, Islam dipelihara dengan menolak kemungkaran, maksiat dan segala bentuk faham, hukum, cara, aktiviti yang bercanggah dengan Islam.
Bagaimana pula dengan agama lain dari Islam? Termasuk dalam istilah 'hifzuddin'? Tidak, kerana ia bukan agama Allah. Kalaupun ia agama langit seperti Kristian dan Yahudi, ia telah diselewengkan oleh penganutnya semenjak ribu tahun sebelum ini, sama ada tentang ketuhanan, kitab-kitab dan undang-undangnya.
Namun, Islam tidak pula menzalimi penganut lain. Ayat Al-Quran menyebut yang bermaksud: " Tiada paksaan dalam agama" dengan makna manusia bukan Islam tidak dipaksa masuk Islam atau menerima Islam. Allah menyebut dalam ayat berikutnya:
"Sungguhnya telah nyata petunjuk berbanding kesesatan." Di dunia, bukan Islam bebas mengamalkan agama. Di akhirat, hanya yang Islam selamat.
Kalau ada menteri menyebut 'hifzuddin', (pelihara agama) dengan maksud menjaga agama selain Islam, dengan memberi perlindungan dan hak beragama, maka cara menghuraikan istilah itu agak mengelirukan. Ditambah lagi menteri menyebut: 'Islam itu kan rahmatan lil-alamin'.
Kalau mahu disyarahkan, tentu topik ini menjadi lebih panjang. Saya tidak bermaksud mengajar menteri yang ada kelulusan agama itu, tetapi saya bermaksud agar istilah-istilah agama, termasuk istilah 'hifzuddin' ini diguna dengan cara yang betul dan dihuraikan dengan cara yang betul.
Janganlah nanti audien menjadi keliru dan pening dek kerana menteri pun pening. – HARAKAHDAILY 13/7/2018
Penulis adalah Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulamak PAS Terengganu dan Timbalan YDP PAS Kemaman.