Tidak Tutup Aurat Boleh Jejas Gred Kedai Makan. Antara Tarbiah Dalam Bisnes.



Untuk memastikan pekerja kedai makan memakai pakaian yang mematuhi syariat, Majlis Perbandaran Kota Bharu bercadang untuk memasukkan kod berpakaian Islam dalam penilaian gred premis makanan.
Memetik laporan The Star, majlis itu memberitahu peluang untuk mendapat kategori A bagi kebersihan premis boleh terjejas jika pekerja kedai makan tidak menutup aurat.
“Untuk mendapat Gred A, kedai makan mesti mematuhi semua syarat, termasuk kod pakaian,” kata presiden MPKB Ahmad Robert Abdul Rahim.
Beliau berkata pihak berkuasa tempatan kini sedang menggred 3,018 operator makanan berlesen dalam daerah tersebut.
Setakat ini 239 premis diperiksa. Gred A (sangat bersih) diberi kepada 22 premis, B (bersih) 107 premis dan C (kurang bersih) 110 premis.
Jika dilihat pada jumlah premis yang diperiksa, boleh dikatakan banyak kedai makan berada ditahap yang kurang memuaskan dan kotor. (wowberita)
Komen Blog Ibnu Hasyim: Itulah hebatnya Islam, dalam bisnes pun ada tarbiah. Ada perkiraan halal haram dapat pahala.. Bukan macam puak-puak sekular, asal dapat duit tidak peduli halal -haram lagi, seolah-olah tiada Hari akhirat..
Na auzubillahi minzalik.