BERITA UPDATE
Home » Islami » Ragam » Update » Buta Kerana Arak. Liwat,Tutup Tahfiz, Tapi Kencing Syaitan???

Buta Kerana Arak. Liwat,Tutup Tahfiz, Tapi Kencing Syaitan???

— Minggu, 30 September 2018 — Islami, Ragam, Update

KUALA LUMPUR – “Mata saya jadi buta akibat meminum minuman keras beracun mengandungi methanol. Saya benar-benar sedih dan putus asa,” ujar warga India, Radha Krishnani, 32. Radha adalah mangsa terbaru keracunan methanol akibat meminum minuman keras tiruan yang dibelinya pada harga murah.

Dia yang bekerja sebagai buruh binaan memaklumkan membeli minuman keras itu di kawasan sekitar Brickfields di sini, kelmarin.

“Saya membeli minuman keras berkenaan pada jam 8 malam pada harga RM8 sebotol sebelum mula merasa kesannya pagi semalam.
“Ketika itu saya berada di Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar. Tiba-tiba mata saya tidak dapat melihat, saya panik dan segera menghubungi rakan untuk meminta bantuan,” katanya.

Menurutnya, dia turut berasa pening dan muntah dipercayai akibat keracunan minuman keras diambil. Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Global Keselamatan Manusia T Kalamanathan berkata, pihaknya segera membantu mangsa dengan menghantarnya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

“Ketika kejadian, mangsa dirawat di sebuah klinik berdekatan, namun kami membantu membawa mangsa ke HKL.
“Keadaan mata mangsa kini belum dapat dipastikan akan pulih atau sebaliknya. Dia masih menerima rawatan rapi di hospital.
“Saya juga sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap premis yang masih menjual arak mengandungi methanol,” katanya.

Menurutnya, kejadian terbaru itu membuktikan masih wujud penjualan arak beracun di ibu kota walaupun rampasan dan serbuan sudah dilakukan pihak berkuasa. – Hmetro

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lihat video di bawah ini..
Nik Amar jawab mengenai arak atau kencing syaitan.. 
Kisah liwat di tahfiz, suruh tutup tahfiz, tapi bila berlaku masalah arak... ???
Tweet
← Posting Lebih Baru Posting Lama → Beranda

UPDATE BERITA

  • Kempen Buang Sampah, Tapi Hanya Pakai Pakaian Dalam. Bagaimana?
    AKTIVIS alam sekitar di Jepun mempunyai cara berkempen yang unik kepada penduduk di Tokyo untuk menjaga kebersihan.  Mereka berkempen sa...
  • Hasil Investigasi Ungkap KORINDO Hancurkan Hutan di Papua, Beragam Masalah ini Muncul
    Kebakaran di lahan PT Berkat Cipta Abadi (Korindo Group). “Mana ada Cenderawasih menari-nari di dahan sawit? Karena bukan itu ia p...
  • Tsunami Palu, Hukuman Allah Akibat LGBT. ((C/Perjalanan Gempa Siri 7)
    Catatan Perjalanan Gempa Siri 7. Tsunami Palu, Hukuman Allah Akibat LGBT HARI ini di KL Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakw...
  • Mat Sabu Disaman Bekas K/Menteri. 6 Mac Pengurusan Kes.
    PETALING JAYA: Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik memfalkan saman fitnah RM1.5 juta terhadap Presiden Amanah Mohamed Sab...
  • Cium Capal, Athar, Rambut Rasul SAW, Jangan Berlebihan.. -E-PPB
    Syafaat Rasulullah dapat dinikmati dengan mencintai baginda sepenuh hati, sentiasa berselawat dan mengikuti segala sunnah.  Cium capal Ras...
  • Kampanye Perdana, Partai Nasdem: Siap Merebut Kursi DPRD Tolikara
    Para calon menyampaikan kampanye politiknya di hadapan ratusan masyarakat Tolikara yang hadir pada kampanye perdana Partai NasDem, Rab...
  • Hentikan Rekayasa untuk Mendegradasi Hak Hidup Orang Balim dan West Papua
    Tungku bakarbatu terbesar yang dipersiapakan untuk acara pelantikan kepala suku Lapago – Foto: Engel Wally. Oleh: Silo Doga Opalak...
  • Masalah Air S'ngor, Makan Alas Plastik?
    GANGGUAN bekalan air susulan kerja penambahbaikan perkakasan kritikal sistem bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (...
  • Bukan Mudah Ahli Sukan Wanita Menutup Aurat. Syabas! 5 wanita berhijab yang hebat di arena sukan
    5 wanita berhijab yang hebat di arena sukan Bukan mudah mahu menjadi ahli sukan wanita, apatah lagi yang perlu menutup aurat. Di Malaysia...
  • Anggota ULMWP Telah Tiba di Port Moresby, PNG - Menjelang KTT MSG
    10 Februari 2018, Port Moresby, Papua Nugini Persatuan Gerakan Pembebasan West Papua atau (ULMWP) ingin mengumumkan bahwa, semua anggota ...
↑
Copyright © 2015 - BERITA UPDATE - All rights reserved Powered by Blogger