K'jaan Perpaduan PH-Umno Tidak Relevan. -Anwar.

Anwar tidak bimbang Isa Samad tanding PRK Port Dickson
Lihat sambungan siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
KL: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan antara parti dalam PH dan Umno tidak relevan. Jelasnya, ini kerana isu kerajaan perpaduan tidak pernah dibincang atau dicadangkan dalam PH.

“Tidak ada cadangan sedemikian. Bagi saya, ia tidak relevan untuk dibincangkan. Kita komited dengan PH. TIidak perlu apa-apa perbincangan," katanya kepada pemberita selepas majlis Wacana dan Pelancaran buku tulisan  Sasterawan Negara Datuk Dr Anwar Ridhwan di Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Umno Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam wawancara dengan media tempatan dilaporkan berkata, beliau berharap kerajaan perpaduan antara Umno dan mana-mana parti dalam PH dapat dizahirkan.