Dewan kecoh !!
Guan Eng tuduh Kelantan Tak Mampu Bayar Gaji!
Terima kasih Pengomen!!
Diangkat dari komen di blog ini..October 22, 2018 at 3:11 PM
Dewan Rakyat kecoh Lim ‘usik’ Kelantan tidak bayar gaji penjawat awam Mohamad Fadli - October 22, 2018 1:07 PM 666 Shares
Lim Guan Eng berkata, Kelantan tidak akan mampu laksana ECRL kerana ia tidak mampu membayar gaji penjawat awamnya.
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini kecoh sebentar apabila kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mendakwa Kelantan tidak mampu membayar gaji penjawat awamnya menimbulkan perdebatan.
Lim berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, sama ada negeri Pantai Timur, iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang boleh meneruskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sendiri jika kerajaan Persekutuan memutuskan untuk membatalkan projek itu.
“Berkenaan Kelantan, Terengganu ingin ambil alih jika (kerajaan batalkan projek ECRL) saya tunggu surat jika mereka mahu berbuat demikian.
“Saya fikir macam mana Kelantan mampu buat bila gaji perkhidmatan awam tak boleh bayar,” katanya.