'Learning from Life' Isu arak bukan isu main-main.
Bagi umat Islam, tanpa perlu diperdebatkan, ia sudah jelas dan terang haram. Namun tidak cukup dengan hanya sekadar ada hukum, tetapi menjadi kewajipan pemerintah dan seluruh masyarakat muslim untuk memastikan arak ini benar-benar dijauhi oleh seluruh umat Islam dan tidak ada ruang langsung untuk umat Islam terjebak dengannya.
Pada tahun 2009, saya merupakan antara 10 pelajar terbaik jurusan Geology di universiti yang terpilih untuk mengikuti kursus Fieldtrip di New Zealand. Saya merupakan satu-satunya pelajar muslim dalam grup berkenaan dan kami hidup dan mengembara bersama selama dua minggu mengkaji geologi serta batu-batu di south island dan north island New Zealand.
Pada hari terakhir sebelum kami berangkat pulang ke Australia, kami ada jamuan makan malam, yang menurut penysyarah saya, merupakan tradisi setiap kali Fieldtrip New Zealand ini diadakan. Walaupun ia merupakan tradisi, namun saya benar-benar berbesar hati apabila lecturer saya menawarkan kepada saya untuk sama-sama mencari tempat yang terbaik untuk jamuan itu di mana ada makanan yang halal untuk saya makan. Pastinya, pilihan yang ada untuk saya hanyalah vegetarian atau seafood.
Dipendekkan cerita, kami akhirnya jumpa satu restoran yang tidak ada hidang pork, dan ada makanan vegetarian yang boleh saya makan. Namun, restoran ini bersebelahan sebuah bar. Malam itu jamuan makan bermula dengan penuh tertib, kerana semua hanya menjamu makan malam yang dipesan di restoran itu, namun setelah semua selesai makan, maka bermulalah sesi minum arak.
Saya amat tidak senang sepanjang malam itu, dikelilingi dengan arak dan orang-orang yang minum arak sehinggakan ia sungguh ketara di wajah saya dan pensyarah saya berulang kali bertanya saya ok atau tidak. Risau melihat kegelisahan di muka saya.
Namun, dalam ketidak senangan itu, ada suatu curiosity yang sangat tinggi dalam diri saya tentang apa sebenarnya rasa arak sehinggakan semua meminumnya bergelas-gelas, membicarakan tentang beza jenis-jenis arak, mana arak mahal mana arak murah dan sebagainya. Sehingga terdetik juga untuk ingin merasa sendiri untuk tahu apa sebenarnya yang ‘sedap’ sangat tu! Sunguh, godaan malam itu sungguh kuat disertai bisikan-bisikan syaitan yang berlapikkancuriosity, hanya ingin tahu, hanya ingin rasa.
Sepanjang-panjang itu saya beristighfar, memohon agar Allah melindungi diri saya daripada air kencing syaitan itu. Berbekalkan tarbiyyah bersama usrah ISMA yang saya ikuti sepanjang pengajian di Australia serta didikan agama yang telah dibekalkan oleh kedua ibu bapa saya sejak lahir, saya menahan diri saya untuk tidak kalah dengan syaitan. Untuk pulang seorang diri, tidak berani pula memandangkan kawasan itu kawasan pekan yang tidak saya kenali mahupun ketahui tahap keselamatannya.
Alhamdulillah, akhirnya rakan-rakan semua sudah sedia untuk pulang ke tempat penginapan, dan sayalah orang yang paling gembira serta sangat bersyukur kerana Allah telah menjaga saya sepanjang malam itu. Apa yang saya hendak tekankan adalah, sekalipun kita tahu bahawa arak itu haram, namun itu tak menjamin seorang Muslim itu mampu mengawal diri daripada meminumnya, apatah lagi jika arak itu boleh didapati dengan mudah serta kita dikelilingi orang-orang yang meneguknya tanpa malu segan.
Kalau saya sebagai seorang yang ditabiyyah dan berada di dalam sistem usrah pun mampu rasa godaan yang sangat hebat bilamana dikelilingi rakan-rakan yang minum arak, maka saya yakin sesiapa pun bisa juga tergoda. Malah godaan yang saya hadapi adalah sesuatu yang mengejutkan saya kerana pada asalnya saya begitu konfiden bahawa saya tidak akan rasa apa-apa kerana arak itu sah-sah haram. Ternyata syaitan sentiasa ada cara yang halus bagi menggoda dan meruntuhkan iman orang yang beragama Islam.
Dan pada malam itu saya sedar kenapa Allah suruh kita menjauhinya sama sekali. Malaysia merupakan sebuah negara Islam, maka sepatutnya negara ini mempunyai undang-undang yang lebih ketat dalam mengawal penjualan dan pesta-pesta arak di negara ini. Tidak sepatutnya lesen penjualan arak diluluskan, tidak sepatutnya arak-arak dijual di kedai-kedai awam, dan lebih-lebih lagi tidak sepatutnya pesta-pesta arak diadakan secara terbuka dan besar-besaran di sebuah negara Islam.
Seringkali kita lihat drama-drama Melayu yang menggambarkan kehidupan para pemuda dan pemudi Melayu yang kaya-kaya menjadikan amalan clubbing dan disco serta amalan minum arak sampai balik mabuk-mabuk sebagai satu trend hidup. Drama-drama ini bukan direka semata-mata tetapi merupakan realiti masyarakat kita hari ini. Juga, jangan kita lupa berapa ramai anak-anak muda Malaysia yang rosak serta ada yang mati kerana consumption arak yang berlebihan!
Seorang yang bijak dan berjiwa besar pasti akan beramal dengan falsafah mencegah lebih baik daripada merawat. Sebagai seorang muslim sejati juga, kita sangat meyakini bahawa hukum Allah itu bukan sahaja untuk kebaikan umat Islam tetapi adalah satu kebaikan dan rahmat buat seluruh alam ini. Malah, ramai saintis barat yang bukan beragama Islam mengakui betapa banyaknya keburukan arak baik dari segi kesihatan mahupun sosial. Maka tidakkah kita perlu bersatu hati dan bersatu suara dalam mencegah apa jua bentuk program atau kelulusan yang membenarkan penjualan atau minumam arak, tanpa mengira siapa pun orang itu?
Menjaga Hati Puak Minoriti..
Apakah hanya kerana ingin menjaga hati puak minoriti, kita rela membiarkan anak-anak muda Melayu Islam di negara ini terus rosak dan hina kerana terjebak dengan minuman memabukkan itu? Apakah kita sedia menerima dan rela menanggung segala keburukan yang dihadapi negara akibat kebebasan non-muslim untuk meminum arak secara berleluasa?
Atau adakah kita sedang menunggu orang tersayang kita mati kerana terjebak dengan minuman memabukkan atau mati dilanggar orang yang mabuk baru kita hendak buka mata dan mula memperjuangkan keadilan utk orang tersayang itu?

Jadilah kita orang yang bijak. Jadilah kita orang berjiwa besar yang memikirkan masalah ummat. Jadilah kita orang yang benar-benar cintakan agama dan negara dan rela berjuang demi memastikan anak bangsa kita terpelihara daripada sebarang perkara yang boleh merosakkan masa depan mereka.
Bersatulah kita dalam menentang penjualan dan pesta arak di negara ini!