Poncho bakal bersara dalam tempoh setahun dan polis kini mencari penggantinya. - Foto theweek.co.uk
Si Debab' jadi buruan keluarga mafia
NAPLES - ITALI. Seekor anjing polis kini diburu sebuah keluarga mafia di Itali kerana menyebabkan kerugian jutaan dolar apabila berjaya menemui dadah milik mereka.
Menurut media tempatan, Pocho, anjing baka Jack Russell Terrier berusia sembilan tahun itu, menjadi buruan keluarga Camorra, salah satu keluarga mafia terbesar dan tertua di dunia.
Laporan The Times menyebut, Pocho atau ‘Si Debab' berjaya mengesan lebih dua tan dadah sepanjang berkhidmat dengan pasukan polis Naples.
Pocho dianggap ancaman kepada kumpulan mafia yang terlibat dengan operasi dadah, sekali gus menyebabkan mereka mengalami kerugian besar.
Daily Mail melaporkan, antara kejayaan terbaharu ‘Si Debab' termasuk mengesan hampir 31 kilogram dadah ketika satu serbuan, dan turut berjaya menghidu kokain yang diletakkan dalam botol susu.
Keluarga Camorra dikatakan mengumpan Pocho dengan makanan beracun, malah turut meletakkan anjing betina di lokasi simpanan dadah dalam usaha mengalihkan perhatian anjing polis berkenaan.
Namun, usaha tersebut gagal menghalang Pocho, menyebabkan keluarga mafia tersebut menawarkan ganjaran 5,000 euro (RM24,000) untuk membunuh ‘Si Debab'. - theweek.co.uk
Polis menangkap Carmine Spada (tengah), tertuduh sebagai bos mafia, di Rom bulan ini.Villa Mafia dekat Corleone di Sisilia ini disita dan diubah menjadi sebuah hotel.