Atlet Tutup Aurat: Menteri Patut Galakkan Bukan Persoal. -T/Pesiden PAS


Hasil carian imej untuk tuan Ibrahim

Menteri Belia dan Sukan tak boleh terikat budaya bertentangan Islam

GOMBAK19 Rabiulawal 1440HSelasa – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sepatutnya memberi galakan kepada atlet untuk menutup aurat, bukan sebaliknya.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Syed Saddiq sebagai seorang menteri beragama Islam wajar memberi sokongan terhadap arahan kerajaan Terengganu yang berlandaskan perintah Allah.
“Umat Islam kalau beri pandangan kena dalam kerangka sebagai seorang muslim. Kalau benda itu selama ini tidak betul, kita kena perbetulkan.
“Apa masalahnya kalau mereka tutup aurat, kita mampu buat bukan tak mampu. Sebagai menteri beragama Islam beliau sepatutnya beri galakan. Dia tak boleh terikat dengan budaya yang bertentangan pandangan Islam,” katanya.
Semalam, Kerajaan Terengganu mengumumkan akan mula melaksanakan konsep pemakaian patuh syariah bagi atlet sukan negeri ini bermula tahun depan.
Sebagai permulaan, semua pemain bola sepak beragama Islam yang bernaung di bawah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dikehendaki memakai pakaian menutup aurat atau patuh syariah ketika beraksi dalam sebarang kejohanan, termasuk di dalam dan luar negeri pada musim depan.
Hasil carian imej untuk atlet Tutup aurat
Hasil carian imej untuk atlet Tutup aurat
Sementara itu, Syed Saddiq pula mengatakan bahawa pakaian sukan pilihan atlet perlu dihormati.
Syed Saddiq berkata, arahan itu membimbangkan kerana katanya, masa depan sukan seperti gimnastik, renang dan bina badan akan terjejas.
Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula melihat arahan itu tidak memberi sebarang masalah untuk dilaksanakan.
Malah katanya, kelab bola sepak luar negara seperti England dan Perancis tidak mengenakan halangan untuk pemain beragama Islam mengamalkan ajarannya. (www.ismaweb.net)