BERITA UPDATE
Home » Islami » Ragam » Update » Berita Gembira 'backpakers' Australia. Boleh Tinggal Lama.

Berita Gembira 'backpakers' Australia. Boleh Tinggal Lama.

— Sabtu, 10 November 2018 — Islami, Ragam, Update
Hasil carian imej untuk Australia benarkan 'backpakers' tinggal lebih lama
Australia benarkan 'backpakers' tinggal lebih lama
CANBERRA – AUSTRALIA. Kerajaan Australia telah mengumumkan akan memanjangkan tempoh visa buat pengembara-pengembara 'backpakers' ke negara berkenaan untuk tinggal lebih lama bagi menampung kekurangan tenaga kerja di ladang-ladang buah menjelang musim menuai.

Menerusi laporan Business Times, perubahan peraturan 'visa backpacker' yang baru itu membolehkan anak muda ke negara berkenaan untuk mencari pekerjaan untuk tinggal sehingga tiga tahun dengan syarat mereka perlu bekerja di dalam sektor pertanian untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan.

Melalui syarat lama di mana pekerja-pekerja ini hanya dibenarkan untuk tinggal selama tahun dan tambahan satu tahun lagi sekiranya mereka bekerja di ladang-ladang di wilayah utara yang terpencil.

Bermula Julai tahun depan, visa berkenaan akan dipanjangkan sehingga ke tahun ketiga sekiranya mereka meluangkan masa untuk bekerja di wilayah terpencil di mana pengusaha-pengusaha ladang buah menderita kerana kekurangan pekerja.

Peraturan tersebut diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri Australia, Scott Morrison ketika bertemu dengan pengusaha tanah pertanian di wilayah Queensland. Pengumuman tersebut dibuat menjelang pilihan raya umum Mei depan.

Kerajaan Australia sebelumnya mengenakan peraturan ketat termasuklah memendekkan tempoh visa bagi menghalang kemasukan imigran secara berterusan ke negara berkenaan bagi memulakan kehidupan baru.

Bagaimanapun, sektor pertanian berhadapan dengan kesan buruk akibat peraturan ketat yang diamalkan terutamanya ketika musim menuai.

Untuk tempoh 2017 sehingga 2018, Australia mengeluarkan visa kepada lebih 200 ribu orang pekerja imigran dengan Perancis dan Jerman menjadi negara tertinggi dalam kalangan 45 negara yang menerima visa tersebut.

Kajian sebelum ini mendedahkan kebanyakan pekerja-pekerja imigran ini merupakan pelajar-pelajar antarabangsa yang menuntut di universiti-universiti tempatan. (SH)
Hasil carian imej untuk kerja kutip buah

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?  Klik gambar di bawah ini..

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?
Tweet
← Posting Lebih Baru Posting Lama → Beranda

UPDATE BERITA

  • Kempen Buang Sampah, Tapi Hanya Pakai Pakaian Dalam. Bagaimana?
    AKTIVIS alam sekitar di Jepun mempunyai cara berkempen yang unik kepada penduduk di Tokyo untuk menjaga kebersihan.  Mereka berkempen sa...
  • Hasil Investigasi Ungkap KORINDO Hancurkan Hutan di Papua, Beragam Masalah ini Muncul
    Kebakaran di lahan PT Berkat Cipta Abadi (Korindo Group). “Mana ada Cenderawasih menari-nari di dahan sawit? Karena bukan itu ia p...
  • Mat Sabu Disaman Bekas K/Menteri. 6 Mac Pengurusan Kes.
    PETALING JAYA: Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik memfalkan saman fitnah RM1.5 juta terhadap Presiden Amanah Mohamed Sab...
  • Tsunami Palu, Hukuman Allah Akibat LGBT. ((C/Perjalanan Gempa Siri 7)
    Catatan Perjalanan Gempa Siri 7. Tsunami Palu, Hukuman Allah Akibat LGBT HARI ini di KL Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakw...
  • Cium Capal, Athar, Rambut Rasul SAW, Jangan Berlebihan.. -E-PPB
    Syafaat Rasulullah dapat dinikmati dengan mencintai baginda sepenuh hati, sentiasa berselawat dan mengikuti segala sunnah.  Cium capal Ras...
  • Kampanye Perdana, Partai Nasdem: Siap Merebut Kursi DPRD Tolikara
    Para calon menyampaikan kampanye politiknya di hadapan ratusan masyarakat Tolikara yang hadir pada kampanye perdana Partai NasDem, Rab...
  • Hentikan Rekayasa untuk Mendegradasi Hak Hidup Orang Balim dan West Papua
    Tungku bakarbatu terbesar yang dipersiapakan untuk acara pelantikan kepala suku Lapago – Foto: Engel Wally. Oleh: Silo Doga Opalak...
  • Anggota ULMWP Telah Tiba di Port Moresby, PNG - Menjelang KTT MSG
    10 Februari 2018, Port Moresby, Papua Nugini Persatuan Gerakan Pembebasan West Papua atau (ULMWP) ingin mengumumkan bahwa, semua anggota ...
  • Bukan Mudah Ahli Sukan Wanita Menutup Aurat. Syabas! 5 wanita berhijab yang hebat di arena sukan
    5 wanita berhijab yang hebat di arena sukan Bukan mudah mahu menjadi ahli sukan wanita, apatah lagi yang perlu menutup aurat. Di Malaysia...
  • Masalah Air S'ngor, Makan Alas Plastik?
    GANGGUAN bekalan air susulan kerja penambahbaikan perkakasan kritikal sistem bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (...
↑
Copyright © 2015 - BERITA UPDATE - All rights reserved Powered by Blogger