Ernisha berkata, dia terkejut apabila didatangi individu tidak dikenali yang memberikannya nasihat dan kata-kata semangat selepas dilanda kontroversi. Astro GEMPAK
HALAMAN HIBURAN
Saya mengaku memang on and off berhijab - Ernisha
BEKAS finalis Dewi Remaja 2018/2019, Erni Nurshahira Khairul Zaman atau Ernisha akui kontroversi video kelab malam dan minuman keras merupakan detik sukar dalam hidupnya.
Namun, perkara itu bukannya alasan untuk dia membuka tudung.
"Saya akui sebelum ini saya memang on and off berhijab. Malah iman jadi goyang kerana walaupun saya berhijab tetap kena kecam hingga saya tertanya-tanya betul ke keputusan saya untuk berhijab sebelum ini.
"Namun buat masa ini saya mahu muhasabah diri dulu, minta petunjuk dari Tuhan dan biar Dia yang tentukan jalan apa patut saya pilih.
"Doakan saya terus kekal berhijab dan dapat memperbaiki segala kesilapan dilakukan," katanya ketika temubual bersama majalah Hijabista.
Ernisha turut menyesal atas perbuatannya dan pilihannya bergaul dengan individu yang tidak sepatutnya. Malah, dia terkejut apabila didatangi individu tidak dikenali yang memberikannya nasihat dan kata-kata semangat selepas dilanda kontroversi itu.
Tambah Ernisha, dia tidak akan berputus asa namun akan mengambil sedikit ruang untuk bertenang.
"Saya akan kembali semula nanti. Tetapi dalam tempoh ini saya akan isikan diri dengan pelbagai ilmu seperti lakonan, pengacaraan atau nyanyian.
"Doakan saya terus kuat menghadapi dugaan ini. Satu pengajaran saya dapat daripada insiden ini adalah jangan terlalu mudah mempercayai orang lain walaupun sahabat baik kita sendiri," ujarnya.
Ernisha dan salah seorang bekas finalis Dewi Remaja 2018/2019, Fazreen Fazera membuat permohonan maaf terbuka baru-baru ini berhubung penularan video mereka ketika di dalam sebuah kelab malam.
Atas kesalahan melanggar kontrak sebelum menyertai pencarian Dewi Remaja 2018/2019, gelaran finalis Dewi Remaja terpaksa ditarik balik. (AA)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan yang mencipta suasana sekeliling tidak Islami juga tidak lepas dari tanggung jawab pendidikannya di dunia dan akhirat. Tak boleh terima pandangan ini? Boleh dibuka kepada perbahasan.
Selepas ini..