Apa isu kalau Pas, UMNO, Bersatu Bekerjasama? -Nik Abduh

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – ” Kalau Pas, UMNO dan Bersatu bekerja sama, apa isu?,” soal Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz.
Ahli Parlimen Bachok itu meminta Pas bergerak kerana ia bertujuan untuk halang Pas.
“Ia isu kedaulatan Islam,” katanyanya dalam hantaran di Facebook.
Baru-baru ini kecoh tentang surat perakuan bertulis berbentuk contoh yang diserahkan Pas kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, Setiausaha Pas, Datuk Takiyuddin Hasaan mengesahkan ia adalah untuk menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) jika berlaku pengkhianatan daripada mana-mana parti komponen Pakatan Harapan (PH).
Sokongan itu dinyatakan selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghidu sesuatu yang tidak kena dalam PH. – MalaysiaGazette