GAMBAR fail bertarikh 28 Februari 2017 menunjukkan polis mengawal Robin Vadakkumchery (tengah) selepas ditahan di Peravoor, Kerala, India. - AFP
KOCHI 17 Feb. - Mahkamah India menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang paderi Katolik atas dakwaan merogol remaja perempuan, skandal serangan seksual terbaru yang melibatkan gereja di selatan Kerala, India.
Robin Vadakkumchery didapati bersalah atas dakwaan merogol remaja berusia 16 tahun itu, dengan jenayah itu mula disedari selepas mangsa melahirkan bayi pada Februari 2017.