PEMPROTES warga Palestin yang cedera dibawa menjauhi pagar sempadan ketika pertempuran dengan tentera Israel pada ulang tahun ke-71 Hari Nakba di timur Gaza City, hari ini.- AFP
GAZA CITY 15 Mei - Ribuan warga Palestin membuat demonstrasi pada ulang tahun Hari Nakba yang bermaksud kemusnahan selepas ratusan ribu diusir atau menjadi pelarian ketika perang 1948 membentuk Israel.
Mereka berhimpun di beberapa lokasi sepanjang pagar sempadan antara Israel dan Semenanjung Gaza disamping melakukan protes di Tebing Barat.
Menurut Kementerian Kesihatan, seramai 47 orang cedera tetapi pemprotes lebih tenang dan agak kecil jumlahnya.
Wartawan AFP di sempadan itu melihat sejumlah layang-layang diterbangkan melintas pagar dan api tercetus dalam kawasan Israel. - AFP