Peranan K-pop Dalam Diplomasi Korea-China

Peranan K-pop dalam diplomasi Korea - China
Populariti BTS di seluruh dunia jangan hanya dilihat dari aspek industri hiburan semata-mata, sebaliknya, mereka turut memainkan peranan dalm konteks hubungan dua negara. - Gambar media sosial

HALAMAN HIBURAN

EKONOMI Korea Selatan yang sebelum ini bangkit dengan fenomena K-pop dan mendapat perhatian seluruh dunia pernah terbantut apabila China yang mempunyai jumlah populasi seramai 1.4 billion menyekat kemasukan industri popular Korea itu ke negara berkenaan pada Julai 2016.

Pada November 2017, pemerintah China bagaimanapun menarik balik sekatan ke atas industri popular iu.

Sekalipun bebas menjaja karya di China, itu belum lagi dapat memulihkan 'reputasi' dan pendapatan industri K-pop yang tercalar akibat keputusan tegas yang dibuat oleh pemerintah di negara kuasa besar dunia itu.

Penggiat dan karyawan industri K-pop terpaksa bekerja keras selama hampir tiga tahun untuk membangunkan semula ekonomi mereka yang terjejas.

Berdasarkan statistik Bank of Korea, negara itu telah mencatatkan rekod lebihan keuntungan sebanyak AS$114.7 juta (RM477.4 juta) bagi perniagaan berkaitan dengan persada seni hiburan buat suku pertama tahun ini.


Ia menjadikan jumlah tersebut sebagai lebihan tertinggi untuk kategori perniagaan sejak AS$132.4 juta (RM551.1 juta) direkodkan pada suku ketiga 2016 (sebelum dikenakan sekatan oleh China).

Sebelum sekatan dikenakan, kesenian dan kebudayaan Korea Selatan mendapat sambutan memberangsangkan di China sekali gus meningkatkan kadar aliran eksport perniagaan.

Imbas kembali tindakan sekatan yang dilakukan oleh China pada 2016, keputusan itu ada pertaliannya dengan rasa tidak gembira negara itu selepas kerajaan Korea memutuskan untuk menggunakan sistem pertahanan peluru berpandu Amerika Syarikat di wilayahnya.

Jelas sekali, tindakan itu ditentang oleh China dan sebagai 'hukuman' negara itu mengenakan sekatan terhadap kandungan budaya Korea termasuk muzik, persembahan, filem dan rancangan TV.

Bukan hanya sekatan terhadap K-pop, kerajaan China bahkan mengharamkan kemunculan selebriti Korea dalam mana-mana bentuk persembahan sama ada di televisyen atau pentas yang akhirnya memberi impak yang cukup besar pada industri hiburan negara itu.

Selang dua setengah tahun, dasar pemilikan perniagaan Korea untuk sektor muzik dan perkhidmatan hiburan telah kembali kepada tahap sebelumnya.

Korea mencatat perolehan AS$194.1 juta (RM807.9 juta) hasil daripada eksport dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini menerusi pendapatan muzik, video dan perkhidmatan berkaitan hiburan.

Dalam masa sama, jumlah kategori import (kebergantungan pada kemasukan artis antarabangsa) yang sebelum ini pernah mencecah angka AS$79.4 juta (RM330.5 juta) menurun sebanyak AS$36.9 juta (RM153.6 juta) pada suku tahun ini.

Ini kerana, Korea tidak perlu lagi bergantung pada kemasukan artis antarabangsa ke negara mereka.

Perkembangan itu sekali gus membawa lebihan dasar pemilik perniagaan kategori muzik untuk suku pertama 2019 kepada AS$114.7 juta (RM477.5 juta).

Melihat angka lebihan suku pertama tahun ini berdasarkan apa yang dicatatkan di atas, pakar-pakar ekonomi menyimpulkan bahawa aliran mantap hubungan Korea-China kembali seperti sebelum tempoh pengharaman.

Dan satu fakta yang harus diakui juga ialah populariti BTS di seluruh dunia telah membantu memulihkan keadaan itu!

BACA: Jangan hanya lihat BTS sebagai artis popular

(AA)