STESEN minyak Pertamina di Pakansari, Cibinong di daerah Bogor, Indonesia. - AGENSI
JAKARTA 15 Mei – Ada banyak cara dilakukan orang ramai untuk mendapatkan pahala berlipat kali ganda sepanjang Ramadan ini.
Stesen minyak Pertamina di Pakansari, Cibinong di daerah Bogor turut sama tidak ketinggalan merebut peluang itu.
Lapor Detik.com, stesen minyak yang terletak di Jalan Tegar Beriman, Cibinong, Jawa Barat itu memberikan ganjaran petrol percuma kepada pihak yang berjaya menghafal surah al-Kahfi.
Ketua Koperasi Sayaga Korps Pegawai Republik Indonesia (KORPRI) Bogor, Maryeni berkata, promosi itu bukan pertama kali dilakukan kerana ia pernah diadakan sejak Ogos tahun lalu.
Setiap minggu, stesen minyak berkenaan akan memberi baucar 30 liter minyak kepada mereka yang berjaya menghafal surah sepanjang 110 ayat itu. - AGENSI