Kuota Matrikulasi: Dr Maszlee diharap tak gentar
KUALA LUMPUR: Objektif asal program Matrikulasi adalah untuk membangunkan potensi pelajar Bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui pendidikan pra-universiti berkualiti bagi melahirkan modal insan cemerlang.
Ahli Parlimen Kuala Krai, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, program Matrikulasi memang diperkenal khusus untuk pelajar Bumiputera ekoran masalah ketidakseimbangan kaum di institut-institut pengajian tinggi.
“Pada Jun 2002, kerajaan telah memperuntukkan 10 peratus kuota kepada pelajar bukan Bumiputera di mana ia bermula pada sesi kemasukan 2003.
Manakala baru-baru ini sekali lagi kerajaan menambah kemasukan ke Matrikulasi menjadikan pelajar bukan Bumiputera juga bertambah,” ujarnya.
Manakala baru-baru ini sekali lagi kerajaan menambah kemasukan ke Matrikulasi menjadikan pelajar bukan Bumiputera juga bertambah,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menyokong penuh ketegasan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mempertahankan kuota Bumiputera untuk program Matrikulasi dan menyifatkan tindakan tersebut berada pada landasan yang betul.
Malah, Abdul Latiff turut bersetuju dengan pertikaian Maszlee terhadap syarat fasih berbahasa Mandarin yang ditetapkan segelintir majikan untuk mendapatkan pekerjaan di mana kes itu secara tidak langsung menafikan kelayakan Bumiputera.
Bahkan bidasnya, ia adalah contoh sikap rasis yang telah lama diamalkan pihak tertentu dalam negara di mana menjadi amalan sangat tidak seimbang dalam masyarakat, tetapi didiamkan pula disebalik tuntutan atas nama keadilan kononnya.
“Saya yakin, YB Dr Maszlee di landasan yang betul dalam perkara ini. Oleh itu, YB jangan sesekali gentar dengan gesaan mereka dan YB tidak akan berseorangan dalam mempertahankan perkara ini,” ujarnya mengaju solidariti. - HARAKAHDAILY 20/5/2019
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ahli Parlimen Kuala Krai Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman menyokong Matrikulasi Dr Maszlee, dan mempertikai syarat fasih bahasa Mandarin.
Ibnu Hasyim pun bersetuju sama-sama seperti mereka.
Lihat sebelum ini..