15 Gadis Jadi 'lauk' 20 Lelaki.. Puncanya, Kencing Syaitan!


15 gadis diberi dadah dan alkohol sebelum jadi 'lauk' 20 lelaki

KESENGSARAAN 15 gadis yang menjadi mangsa rogol berkumpulan 20 lelaki dalam beberapa kejadian berasingan akhirnya mendapat pembelaan. Kesemua lelaki itu telah dihadapkan ke mahkamah di bandar Huddersfield bagi mencari keadilan ke atas nasib gadis-gadis malang tersebut.

Ketua kumpulan itu berhadapan 22 pertuduhan dan menerima hukuman penjara selama 18 tahun. Ahli lain kumpulan tersebut menerima hukuman penjara antara lima hingga 18 tahun, berbeza-beza mengkikut pertuduhan masing-masing.

Menurut pendakwa raya, mereka disabitkan dengan 120 kesalahan yang dilakukan terhadap gadis-gadis tersebut yang berusia lingkungan 11 hingga 17 tahun. Mangsa-mangsa dikatakan diberi alkohol dan dadah sebelum diperkosa di dalam kereta, di pusat permainan snooker, di restoran makanan segera, di ruangan parkir dan sewaktu berada di sebuah parti.

"Perlakuan keji ini begitu kejam dan menakutkan.
"Cara kamu memperlakukan remaja-remaja itu perlu kami fahami secara mendalam," ujar pendakwa raya yang menyifatkan kejadian tersebut sebagai tidak masuk akal.-WSMV

1052683_465930070215664_4358462968132197719_o
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tak masuk akal apa? Ringkasnya lihat kisah ini 'Kenapa Arak itu Kencing Syaitan?' Diangkat dari https://ift.tt/2ONrsTW.

Begini ceritanya..

salam...aku taknak bebel panjang2....
aku juz meringkaskan penceritaan aku...
sebelum ni, aku tak pernah berkawan dgn org yg meminum arak...tahun ni FIRST TIME aku berkawan dgn orang yg minum arak..

sebelum ni, aku cuma tau yg "ARAK itu bahaya, memabukkan"....
tapi sekarang baru aku tau betapa SYAITANnya ARAK tu...mmg teruk...bila tgk dpn mata kesan ARAK itu terhadap manusia, barulah kita akan benci sebenci bencinya terhadap arak...apa lagi kalau org mabuk yg kita tgk itu adalah kawan kita..

aku tak sangka kawan aku itu rupanya peminum arak....
baru aku tau kenapa org ckp ARAK itu AIR KENCING syaitan...sbb bila MABUK,, macam dirasuk syaitan,jin....dia jadi sekejap sedar, skejap tak sedar....diri kita pun dah tak jadi mcm diri kita..

member aku tu sampai nak terjun bangunan..nasib baik ada member aku sorg lagi pegang tangan dia....malas nk CERITA panjang,,,aku kalau boleh nak BAKAR je semua kilang2 ARAK di seluruh DUNIA ni....stop la buat ARAK....takdak faedah....
aku harap aku dijauhkan daripada mencuba arak.....

org ***** je minum arak...bagi sesiapa yg nak mencuba ARAK,,,hentikan niat anda...aku dh tgk dpn mata effectnya....bagi yg dh biasa tgk org mabuk, aku tak tahulah...tapi aku first time tgk org mabuk smpai nk bunuh diri mcm gitu..... apa2 pun, ARAK mmg takdak guna....takdak faedah...janganlah meminum arak, wahai kawan2...

peringatan ini bkn sahaja utk kawan2 aku , tapi juga utk mengingatkan diri aku sendiri supaya jgnlah dekati arak......
dkt pusat karaoke, hati2...kalau ad org bagi air,,, takyah minum la....kita beli je kt luar, buat masuk dalam...sebab kita taktahu menatang apa dia letak dalam air tu....ataupun senang2 takyah karaoke la....karaoke kat rumah pun ckup..ataupun masuk dalam kereta, tutup cermin tingkap semua,,,karaoke je dalam kereta....

aku pn dah takdak apa dah nk ckp
dan skarang aku rasa nak bomb je kilang arak..
sekian....


Akhirnya..
Menteri-menteri PH yang memerintah Malaysia, harap hentikan perbuatan membazir itu, walau pun mereka bukan Islam. Tidak ada agama yang benarkan penganutnya meminum arak. Apalagi mereka adalah pemimpin negara umat Islam, negara yang majoritinya orang Islam.