SEORANG remaja perempuan berusia 16 tahun bukan sahaja dirogol empat rakan sekolahnya, malah dia juga dinafikan hak pendidikan setelah insiden itu terbongkar.
Dalam kejadian pada Ogos lalu, mangsa yang tinggal di asrama sekolah dirogol sebelum dia didapati mengandung akibat perbuatan khianat itu. Namun, lima kakitangan sekolah itu didakwa cuba menyembunyikan kejadian tersebut.
Ia bukan sahaja tidak dilaporkan kepada polis dan ibu-bapanya, malah dia juga dipaksa mengambil sejenis minuman bagi menggugurkan kandungannya.
Ibu-bapa mangsa yang berang setelah mengetahui kejadian itu cuba untuk memindahkan anak mereka ke sekolah lain.
Disebabkan kandungannya, sekolah berkenaan enggan menerima mangsa dan menyifatkan kehadirannya akan menggangu 'atmosfera' pembelajaran di situ.
Polis kini sedang menyiasat laporan berkenaan. Selain empat remaja lelaki, kakitangan sekolah tersebut turut disiasat.
"Kami sedang meneliti aduan dan laporan ibu-bapa mangsa.
"Kami akan hantar pasukan penyiasat ke sekolah itu. Kami juga sedang meneliti tindakan undang-undang yang bersesuaian untuk kes ini," ujar seorang pegawai polis.
Sementara itu, pengerusi suruhanjaya perlindungan hak kanak-kanak (USCPCR), Usha Negi turut mengecam tindakan sekolah berkenaan yang cuba menggugurkan kandungan mangsa.-Mirror.UK.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi hal ini membuktikan sistem pelajaran yang dilaksanakan di barat, ditiru oleh negara timur dan sebahagian negara umat Islam, gagal melahirkan manusia bertamadun atau berakhlak mulia.. Berkemanusiaan.
Jauh lagi untuk melahirkan manusia profesional yang bertaqwa. Apa lagi, bila Tun M sendiri mengakui beliau terpaksa menyesuaikan pemikirannya dengan aliran sosialisme dan liberalisme dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH). (Lihat.. Tun M Sesuaikan Dengan Sosialisme, Liberalisme. )Ja...)
Jauh lagi untuk melahirkan manusia profesional yang bertaqwa. Apa lagi, bila Tun M sendiri mengakui beliau terpaksa menyesuaikan pemikirannya dengan aliran sosialisme dan liberalisme dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH). (Lihat.. Tun M Sesuaikan Dengan Sosialisme, Liberalisme. )Ja...)