Lihat sambungan siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
SHAH ALAM 18 Nov. - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seolah-olah cuba memperlihatkan sisi baharu beliau yang memiliki pengaruhnya tersendiri dalam PKR apabila tampil 'membalas' teguran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atasnya sebelum ini.
Mohamed Azmin berkata, beliau diberikan bayangan bahawa sudah memperolehi kemenangan untuk jawatan Timbalan Presiden tetapi tidak berani untuk mengumumkan perkara tersebut biarpun di Twitter kerana bimbang akan dimarahi.
Sebagai rekod, Isnin lalu Anwar menegur Mohamed Azmin kerana didakwa bertindak membelakangi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) apabila bertindak mengumumkan kemenangannya mengalahkan Rafizi Ramli lebih awal di media sosial.
“Kita belum tahu keputusan pemilihan, bisik-bisik dah ada. Tidak berani hendak tweet nanti kena marah,” katanya sambil memandang kepada Anwar ketika memberi Ucapan Penggulungan Timbalan Presiden PKR dalam kongres itu sebentar tadi.
Anwar pula dilihat tersenyum kerana faham kenyataan Mohamed Azmin itu ditujukan kepada beliau. - UTUSAN ONLINE