Harga minyak masak sepatutnya lebih murah dengan kejatuhan harga sawit
Adil juga.
Dulu RM3,000 satu tan. Sekarang RM1,700.
Kerana keadaan sudah banyak berbeza maka harga minyak masak patut timbang untuk diturunkan semula.
....
Pada bulan Oktober 2016 di dalam Bajet 2017, kerajaan BN terpaksa mengehadkan subsidi minyak masak kepada pek 1kg berharga RM2.50 sahaja kerana harga minyak sawit naik dan di sekitar RM3,000 satu tan.
Langkah itu juga diambil bagi membanteras penyeludupan minyak masak bersubsidi ke negara jiran yang merugikan negara.
Oleh itu, harga minyak masak pada masa itu naik kerana mengikut harga pasaran.
Dengan penjimatan ini, kerajaan BN masa itu dapat meningkatkan pelbagai bantuan kepada rakyat termasuk BR1M.
Saya tahu langkah itu telah membangkitkan kemarahan ramai pada masa itu dan PH mengambil kesempatan penuh untuk mempergunakan isu ini.
Tetapi hari ini, keadaan sudah berubah.
Akibat kerajaan PH gagal untuk mempertahankan harga sawit, harga minyak sawit terus jatuh setiap bulan.
Harga minyak sawit untuk bulan Disember hanya RM1,775 satu tan – hampir 50% lebih rendah berbanding harga akhir tahun 2016.
Jika kerajaan PH masih tegas untuk mengurangkan dan memansuhkan bantuan kepada pekebun, petani dan BR1M kepada semua rakyat untuk tahun depan, mengapa mereka tidak mahu memastikan rakyat mendapat manfaat daripada kejatuhan harga minyak sawit
Adakah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sudah mula berbincang dengan pengusaha dan kilang minyak masak dalam memastikan mereka akan menurunkan harga jualan minyak masak mereka?
Jika bantuan kepada rakyat telah dipotong dan dimansuhkan oleh kerajaan PH, sekurang-kurangnya rakyat boleh mendapat sedikit manfaat dari kejatuhan harga minyak masak.
Sumber:
Facebook Najib Razak
Facebook Najib Razak