Guru Liwat 5 Pelajar, Wajarkah Sekolah Ini Ditutup?

Dipercayai liwat 5 pelajar, guru di Sarawak ditahan
Suspek (tengah) ketika diiringi polis di hadapan Balai Polis Karamunsing pada Sabtu. - Ihsan PDRM


Dipercayai liwat 5 pelajar, guru di Sarawak ditahan

AWAS: Polis telah menahan seorang guru yang mengajar di pedalaman Long Semadoh di Lawas, Sarawak pada Sabtu selepas disyaki meliwat dan mencabul lima pelajarnya.

Sumber polis memberitahu, guru terbabit yang berusia 31 tahun ditahan di Balai Polis Karamunsing, Sabah sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Lawas untuk mendapatkan perintah reman hari ini.


Suspek dikatakan meliwat dan mencabul lima pelajar yang berusia antara 13 hingga 15 tahun, dengan dua daripadanya sejak tiga tahun lepas.

Guru yang berasal dari Kulai, Johor itu mula mengajar di sekolah berkenaan sejak Januari 2012.

Kes terbongkar apabila salah seorang mangsa mendedahkan perbuatan terkutuk guru terbabit kepada guru kaunseling sekolah berkenaan, setelah dia dikesan berhadapan gangguan emosi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana kesalahan perlakuan seks luar tabii.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerana guru liwat pelajar, wajarkah sekolah ini ditutup?

Lihat berita ini..
"KERAJAAN akan mengambil tindakan menutup pusat tahfiz sekiranya pengetua atau pemilik didapati melakukan gangguan seksual terhadap pelajar mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, tindakan tegas perlu diambil kerana perbuatan seperti meliwat atau mencabul bukan sahaja mencemarkan nama baik institusi tahfiz tetapi juga agama Islam.
“Jangan kita menggunakan nama baik institusi tahfiz untuk melakukan perkara yang dilarang oleh agama. Perbuatan keji itu bukan sahaja memburukkan imej agama tetapi orang akan hilang kepercayaan terhadap institusi berkenaan.

“Individu terbabit perlu diambil tindakan dan sekolahnya juga perlu diberi amaran. Kalau pengetua, kita terpaksa arah tutup kerana memalukan dan memberi kesan negatif," katanya pada sidang media selepas Seminar Fiqh Kewarganegaraan (Fiqh Muwatanah) Dalam Naratif Malaysia Baharu di Seremban, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang pemilik pusat tahfiz di Kepong, Kuala Lumpur yang ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual selain meliwat sembilan penuntut berusia belasan tahun, sejak beberapa bulan lalu." 
(http://bit.ly/30qPFlj)