Gambar hiasn..
Lelaki maut ditetak di depan kelab malam
IPOH 19 Mei - Seorang lelaki maut selepas ditetak dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan di hadapan sebuah kelab malam di Bandar Baru Medan Ipoh di sini, awal pagi ini.
Kejadian berlaku kira-kira pada pukul 8 pagi itu menyebabkan, mangsa, S. Kanakaran, 35, mengalami kecederaan parah selepas dia diserang empat lelaki bersenjatakan parang.
Mangsa yang bekerja sebagai pemandu bagaimanapun meninggal dunia ketika dibawa masuk ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohamad Nordin Abdullah berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan dipercayai bermula di dalam kelab malam tersebut sebelum berlarutan sehingga ke luar premis.
“Kejadian berlaku ketika mereka sedang berhibur dan mabuk. Ia berlarutan sehingga ke luar kelab malam dan melibatkan senjata tajam iaitu parang.
“Pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan tetakan pada tubuh badan mangsa sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan parah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis kini sedang mengesan empat lelaki bagi membantu siasatan.
“Motif sebenar kejadian masih disiasat dan usaha mengesan suspek kini sedang giat dijalankan,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi jenayah maksiat kelab malam, lelaki maut ditetak. Sokong, join atau undi parti-parti PH kerajaan sekarang, bererti sokong maksiat ber'maharajalela'. Kalau mahu negara bebas maksiat, undilah PAS parti yang menegakkan sistem Islam.
Lihat kata seborang pengomen dalam blog ini..
Anonymous said...
Lihat kata seborang pengomen dalam blog ini..
Anonymous said...
- Sesungguhnya solat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam
kalau ini pegangan orang islam
macam mana pulak bole join pati kapir
yang jelas tolak hukum hukum Allah
ada yang bangga pulak tu
aku join pati kapir pun bukan tukar ugama
walau tak tukar ugama
tapi bila masuk pati kpair bermakna setuju ngan dasar pati kpair
tertipu ngan bisikan iblis