Tahniah Ziarah Ramadhan, Program Pemuda Amanah. Tapi...

Sebak saksi ujian dihadapi keluarga susah
Hasnul ketika menziarah keluarga seorang kanak-kanak lelaki sakit kronik di Ipoh pada Sabtu. - Foto ihsan Pejabat Exco Negeri Perak

Sebak saksi ujian dihadapi keluarga susah
IPOH: Rombongan Pemuda Amanah yang menyertai program Ziarah Kasih Ramadan di sekitar Ipoh pada Sabtu, tidak mampu menahan sebak ketika melihat keadaan masyarakat yang menanggung ujian Allah.

Ada yang diuji dengan kesihatan, tidak kurang yang diuji dengan kesempitan hidup.

Ketua Pemuda Amanah Perak, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata, mereka menziarahi empat keluarga sambil menyampaikan bantuan.

"Salah sebuah rumah yang kami lawati sangat menyedihkan kerana tiga daripada empat anaknya mengalami sakit yang agak kronik.

.
"Anak lelaki sulung keluarga ini mempunyai masalah gegaran di otak manakala anak perempuan pula menghidap sakit lelah yang kronik.

"Anak keduanya pula mempunyai masalah buah pinggang, saraf serta kemurungan," katanya.

.
Hasnul berkata, ketika mereka sampai dan melihat keadaan anak-anak keluarga itu, beliau sendiri tidak mampu menahan kesedihan.
.

"Betapa besarnya ujian serta betapa tingginya kesabaran ibu ini dalam membesarkan anak-anak yang masing-masing diuji dengan kesakitan.

"Kami juga telah menziarahi keluarga yang mana ahli keluarga mereka menghidap penyakit-penyakit kronik, luluh hati melihat keadaan mereka," ujarnya.

.
Beliau yang juga exco kerajaan negeri Perak berkata, masyarakat seperti mereka wajar diambil perhatian oleh semua pihak, bukan sahaja kerajaan tetapi masyarakat sekeliling.
.

"Mereka ini perlukan sokongan dan dokongan daripada kita.

"Melihat kepada mereka yang diuji ini membuatkan kita rasa sangat bersyukur nikmat yang Allah berikan, nikmat kesihatan, keluarga, kesenangan dan kebahagiaan," katanya.

Beliau berdoa semoga keluarga itu diberi ketabahan untuk menghadapi segala ujian dan dipermudahkan segala urusan.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah, rombongan Pemuda Amanah yang menyertai program Ziarah Kasih Ramadan di sekitar Ipoh pada Sabtu lalu. Beliau yang juga exco kerajaan negeri Perak berkata, masyarakat seperti mereka wajar diambil perhatian oleh semua pihak, bukan sahaja kerajaan tetapi masyarakat sekeliling.

Nak tambah sikit lagi.. Ya, 'bukan sahaja kerajaan' dan pemimpinnya, yang tidak amanah kepada tugasnya membela rakyat. 

Siapa pemimpinnya yang tidak amanah membela rakyat? Pemimpin PH la...