KARACHI 12 Mei - Seramai tiga lelaki bersenjata menyerang sebuah hotel lima bintang di wilayah Balochistan dan membunuh seorang mangsa.
Lapor BBC, serangan itu disasarkan terhadap Hotel Zaver Pearl-Continental di bandar pelabuhan Gwadar yang strategik.
Menurut jurucakap hotel, ketika kejadian tersebut, tiada tetamu dan hanya segelintir pekerja sahaja berada dalam premis berkenaan susulan bulan Ramadan.
Tentera Pembebasan Balochistan mengaku bertanggungjawab menjalankan serangan itu. - AGENSI