Parti Liar: 46 Antanya Pelajar Perempuan Ditahan. U/P Maszlee Malik..




TAIPING: Seorang pelajar perempuan sekolah antara 46 orang yang ditahan ketika menyertai parti liar di sebuah inap desa di Jalan Regat Muzaffar Shah, Assam Kumbang di sini, hari ini.
Dalam serbuan jam 8.15 pagi, remaja berusia 17 tahun itu serta peserta parti berkenaan, berada dalam keadaan khayal, dipercayai akibat pengambilan dadah.
Mereka yang ditahan berusia antara 17 tahun hingga 24 tahun – iaitu 14 perempuan dan 32 lelaki.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib, berkata polis menemui beberapa jenis dadah termasuk dua paket plastik mengandungi daun kering dipercayai ganja selepas pemeriksaan di premis berkenaan.
Turut ditemui satu plastik berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine dan dua plastik serbuk putih dipercayai ketamin.
“Ujian air kencing ke atas peserta parti itu mendapati 34 orang positif dadah. Polis turut menahan seorang lelaki dipercayai penganjur dan penyewa premis berkenaan,” katanya ketika dihubungi malam ini.
Polis turut merampas peralatan muzik dipercayai digunakan untuk berhibur dan semakan mendapati premis terbabit tidak mempunyai lesen sah untuk menjalankan kegiatan pusat hiburan.
Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping untuk siasatan lanjut dan perintah reman akan dipohon esok bagi tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 6 dan 12 (2) serta Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan Tempat-Tempat Hiburan 1997.-BH.
Komen Weblog Ibnu Hasyim Dr Maszlee Malik, sila ambil perhatian dan tindakan segera..
Hasil carian imej untuk mazni malik menteri pelajaran

Related Posts :