Suspek ketika diiringi pegawai polis di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini. - Astro AWANI
8 tahun rogol anak, pemandu teksi kini direman
AYER KEROH: Seorang pemandu teksi direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini selepas dipercayai merogol anak kandungnya berusia 14 tahun.
Perintah tahanan reman yang bermula hari ini sehingga Selasa depan itu, dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Mohd Anuar Ostadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana merogol.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Nor Yhazid Idris berkata, suspek berusia 51 tahun itu ditahan malam tadi di rumahnya di Semabok, selepas mangsa bersama ibunya tampil membuat laporan polis dan mendakwa telah dirogol oleh suspek sejak berusia enam tahun.
Remaja berkenaan kemudian menceritakan dia telah menjadi mangsa rogol bapanya sejak berusia enam tahun dan kali terakhir dirogol adalah pada hari sambutan Tahun Baru Cina lalu sebelum guru berkenaan memaklumkan kepada ibu mangsa dan laporan polis dibuat.
Ujar Mohd Nor Yhazid, pada kali terakhir mangsa dirogol, ibunya serta seorang adik lelaki berusia lapan tahun tiada di rumah mereka dan berada di ibu kota.
Suspek yang baharu pulang dari kerja kemudian telah masuk ke bilik anak perempuannya itu sebelum menyentuh tubuhnya dan memaksa melakukan hubungan seks.
Difahamkan, proses membuat laporan juga mengambil masa lama ekoran mangsa berada dalam keadaan trauma dan hanya menangis sepanjang laporan dibuat bagi menceritakan kejadian.
Suspek boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan juga minimum 10 sebatan jika disabit kesalahan. (AA)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ternyata undang-undang mengenai jenayah seks, najis zina, rogol yang ada sekarang sudah tidak relevan lagi. Undang-undang ciptaan manusia tidak mampu mendidik kepada insan yang bertakwa atau bertamadun mulia. Menjadikan manusia hanya sebagai robot.
Cuba belajar dari sejarah Islam pimpinan Muhammad SAW dan ulama-ulama warisannya. Allahu Akbar!